Salam..
" orang yang paling bodoh adalah orang yang hanya ingat tentang keadaan dirinya sekarang seperti kekayaan, kedudukan dan kehormatan. Namun ia lupa tentang perubahan dan pergantian masa, serta lupa bahawa dunia sentiasa berputar. Ia lupa bahawa manusia tidak selalunya beruntung, tidak selamanya kaya dan jawatan yang dimilikinya tidaklah berkekalan, sehingga perkara tersebut membuatkan dirinya hanyut dalam kelalaian dan kelekaan.
DAN..begitulah disebaliknya..jika kita terus dengan sifat mengalah pada satu sikap yang membuatkan kita terus lemah dan tak terdaya. Mengalah sebelum berjuang..sebelum berusaha..apa faedahnya? bukan kah sudah Tuhan itu memberikan kita akal untuk sentiasa belajar mencari penyelesaian tentang sesuatu dugaan? dan tiap dugaan yang Tuhan turunkan untuk setiap kita..adalah yang pasti kita mampu untuk hadapinya..dan belajar dari pengalaman adalah pengajaran yang paling-paling baik untuk kita.. bukankah kita ini adalah manusia yang paling mulia disisi Tuhan, lantas mengapa masih lagi mahu jadi seperti haiwan yang tidak berakal? mengapa tidak mahu diguna akal itu dengan sebaik-baik ianya tercipta?
haih.
Manakala orang yang cerdas dan pandai adalah orang yang sentiasa menyiapkan dirinya untuk menghadapi berbagai dugaan dan perubahan yang terjadi. "
so kawan-kawan..tak salah kan, kalau dulu kita ini orangnya pasif dan mungkin punya banyak unsur-unsur negatif dalam diri..maka kini kita cuba untuk berubah menjadi yang sentiasa berfikiran terbuka tentang kehidupan.
kalau perubahan itu mematangkan hidup, mengapa tidak kan?
*Senyum*
Pink dan Saya
2 hours ago


0 comments:
Post a Comment