si bongkok tiga telah datang
pusing...pusing ...pusing..
ntah apa yang dicari
ntah apa yang difikirkan!
tak tahu
aku tak tahu!
si bongkok tiga datang bertanya
tentang hidup, tentang cinta
ntah apa yang dia mahu tahukan
ntah apa yang dia mahu lakukan
tak tahu
aku tak tahu!
si bongkok tiga berbangga diri
pikir-pikir dia yang bagus
hey! si bongkok apa kau tidak malu?
menempel-nempel, menyandar-nyandar?
pada 'sampah' yang bersepah-sepah?
tak tahu
aku tak tahu!
si bongkok tiga menahan marah
memaling muka menyombong diri
alahai si bongkok..
kasihan engkau..kasihan engkau..
ke sana ke mari orang mencaci
tak tahu
aku tak tahu!
si bongkok menunduk wajah
berlalu...berlalu ...dan berlalu..
terus..terus..terus
tanpa menoleh ke belakang lagi..
simpati pada si bongkok..
mengharap kasih
kasih terabai
mengharap cinta
cinta tertipu
mengharap sayang
sayang tiada..
mengharap benar tidak seperti yang hakikat
sudahnya sakit sendiri
diam sendiri..
kisahnya malu sendiri..
tak tahu
aku tak tahu!
*senyum*


0 comments:
Post a Comment