dan kini..
ramadhan datang lagi
bulan dimana umat islam akan berpuasa disiang hari
dan berbuka bila terbenamnya fajar..
bulan dimana umat islam diajar supaya lebih memahami manusia-manusia yang didalam kesusahan
bulan dimana umat islam lebih mendekatkan lagi diri dengan sang pencipta
memohon keampunan..momohon kesenangan dunia dan akhirat..
bulan puasa bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja
tapi lebih dari itu..
kalau kita perhatikan...lapar dan dahaga hanyalah luarannya sahaja
tapi hakikat dan dalamannya adalah
lebih kepada pembersihan hati dan jiwa....
moga bulan yang tak diganggu oleh syaitan-syaitan laknatullah..
kita dapat memperindahkan lagi akhlak kita
mempercantikkan lagi sifat kita..
dan moga kita mampu membentuk ketenangan hati.
harapan aku tiap ramadhan yang tiba..
aku menjadi seorang hamba yang lebih taat dan sedar akan khilafnya..
aku menjadi seorang hamba yang mampu membentuk peribadi maaf dalam hati..
aku menjadi seorang hamba yang lebih positif
aku menjadi seorang hamba yang sentiasa matang dan tenang dalam menilai baik buruk kehidupan didunia ini..
aku menjadi seorang hamba yang mampu bertahan dengan setiap godaan dunia..
dan aku mampu menjadi seorang isteri yang diredhai suami,
seorang anak yang diredhai ibubapanya...
seorang hamba yang diredhai Allah...
moga-moga.
selamat datang ya ramadhan..
bulan dimana aku menjadi seorang aku.
sendiri.


0 comments:
Post a Comment