ye, ini entry untuk hari nie...
bahawa aku bukan tuhan
yang sentiasa maha lembut dan pemaaf
aku ini lemah.
aku ini banyak kurangnya.
ye itu aku..
dan aku bukan lah seorang yang terlalu jahat
hinggakan ada sahaja orang yang mahu menjatuhkan aku
apa aku ini orang yang hebat sangat kah?
hinggakan ada yang tiba-tiba mahu nasihati aku?
eh! aku ini seorang yang sangat boleh menerima nasihat.
tapi bukan nasihat dengan membabi buta
tanpa dinilaikan dulu mana satu yang betul dan salah.
kenapa ya?
bilamana tiba2 aku mula bangkit dan melawan
setelah sekian lama ku tutupkan semua cerita itu..
nah! kini kau tiba-tiba lak datang nak bagi syarahan pada aku.
elok-elok aku diamkan..
baik-baik aku lembutkan hati aku ini
lagi-lagi di bulan puasa nie
tiba-tiba pulak lah kau nak bagi api kat aku
syarahan tak agak-agak
mintak aku hentikan mengutuk 'cinta' kau..mungkin dia yang kau sayanglah..
siap cakap pahala kutukan tue 'cinta' kau dapat.
mintak aku bertaubat
harap-harap malam nie aku tak mati tanpa sempat mintak maaf
itu ayat kau,
dan siap cakap ada ke 'cinta' kau tue mengganggu keluarga aku sekarang..
terus terang siapa pun kau yang cuba memberi nasihat pada aku ini
tolong nilai balik diri orang yang kau sayang dan cinta itu
aku memang bukan seorang yang mudah nak terusik hati
kalau dirinya tidak di usik
tapi aku akan serta merta menjadi orang yang paling berdendam kembali
bila tiba-tiba kau bagaikan orang yang bagus-bagus je mahu menasihati aku
tanpa kau tahu atau sedar siapa yang mulakan permainan ini dulu.
plss nilai balik.
kita semua punya kesilapan.
dan aku akan lebih tenang dan mudah memaafkan
kalau orang yang kau cinta dan kasih tue..
mintak maaf secara terbuka pada aku dan kawan-kawan aku
mana-mana yang dia tipu dan pernah permainkan.
serius jangan fikir aku tak tahu apa yang dia telah buat.
serius jangan fikir aku senang-senang je nak beralah dengan apa yang dia dah buat.
dan dia patutnya harus tahu aku sudah punya suami dan anak yang sangat-sangat kasih dan cintakan aku.
yang aku ini telah dimiliki ...
jadi jangan lah duk nak citer-citer pasal aku tiap kali jumpa dengan mana-mana perempuan
tak payah nak poyo-poyo okey.
sebab aku memang bukan TUHAN.faham?
haih!
*gelak*
yelahh..gelak sebab kenapa harus aku ikut sama jadi api-api dalam hal nie?
adoii...
sebab aku memang bukan TUHAN.
yang boleh terus bertindak dengan pantas
tanpa berfikir dahulu pun.
dan Tuhan,
ampuni aku..
ampuni hati ku
ampuni jiwa ku
ampuni akalku
ampuni percakapan ku..
ampuni ku
kerna diri aku yang tak seberapa nie..
suka bertindak dulu tanpa berfikir langsung.
*diam*


2 comments:
bagus betul stalker die tue.. hrp ble insan tersebut da kawin stalker tersebut boleh la duduk skali ye..senang nk laporkan berita2 hangat lagi sensasi..Panazzzz..hihihi..
kehkehkeh! itu lah pasalnya ayah..dia fikir dia hebat sangat ke nak nasihat2 orang..
Post a Comment